KENYATAAN MEDIA BERJASA : HIMPUNAN DONG JIAO ZONG MEMUSUHI IDENTITI NEGARA

Pertubuhan rasis dan cauvinis Dong Zong telah mengumumkan sebuah himpunan membantah silibus buku teks Bahasa Melayu yang memasukkan 3 muka surat memperkenalkan Tulisan Jawi untuk diajar di sekolah-sekolah yang dijadualkan berlangsung pada 28 Disember 2019 nanti.

BERJASA memandang serius objektif penganjuran ini. Himpunan ini bersifat memusuhi identiti tanah air tercinta Malaysia.

Tulisan Jawi merupakan tulisan yang diiktiraf Akta Bahasa Kebangsaan 1963 pindaan 1967 yang jelas memperuntukkan bahawa tulisan bagi bahasa kebangsaan adalah tulisan rumi dan tidak melarang sama sekali tulisan Jawi untuk digunakan.

Tindakan bersifat memusuhi identiti negara merupakan satu tindakan yang tidak boleh diterima majoriti rakyat Malaysia. Kerajaan seharusnya bertindak tegas dengan menghalang segala usaha yang cuba mempromosi kebiadapan terhadap identiti negara seterusnya mencacatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

BERJASA menyeru semua rakyat Malaysia untuk memahami dengan lebih mendalam citra identiti negara Malaysia yang mencerminkan watan tanah air yang merdeka. Kembalilah mendukung semangat Perlembagaan Persekutuan yang sebenar.

Hazwan Mohamad,
Ketua Penerangan BERJASA Pusat.
22 Disember 2019

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *