Pilihanraya PBT adalah agenda DAP mengecilkan kuasa Melayu
Setelah kuasa ekonomi semakin kukuh dalam genggaman cina, kini DAP ingin melangkah setapak lagi untuk menguasai tanah kita. Kepuasan melalui kekuatan ekonomi ditangan cina belum lagi nampak, maka sebab itu DAP semakin rakus dan buat apa sahaja demi agenda bangsa cina di tanah kita.
MP melayu pula tidak terasa tidak bermaruah pabila masih terhegeh hegeh mengharapkan sokongan dan dokongan bukan melayu untuk kelangsungan periuk nasi politik mereka. Tidak kiralah samada MP dipihak kerajaan mahupun pembangkang.
Saya Pengerusi Badan Perhubungan BERJASA N. Sembilan berpandangan bahawa semua MP melayu muslim mesti sedar akan strategi DAP ini, walaupun kalian semua dibelah dua satunya menjadi pihak kerajaan dan yang satu lagi pembangkang, namun demi maruah bangsa, tanah air lebih lebih lagi untuk agama, maka sedarlah kalian MP semua bahawa kuasa bangsa melayu sedang dihakis oleh agenda DAP melalui agenda pilihanraya PBT.
Tanah adalah kuasa, tergadainya tanah maka tergadainya kuasa. Kini kuasa membeli tanah adalah sangat tinggi oleh bangsa cina, ditambah lagi kecenderungan yang tinggi dari bangsa melayu untuk menjual tanah kepada bukan melayu.
Akhirnya, kuasa ekonomi bukan dalam tangan orang melayu, semua bandar dikuasai nanti oleh bukan melayu. MP2 melayu pula terlalu yakin dengan parti2 dari kaum cina untuk kelangsungan politik periuk nasi mereka dan keinginan orang melayu untuk menjual tanah kepada cina semakin tinggi seolah olah biar kuasa hilang asalkan duit dapat digenggam. Kalaulah ini sudah berlaku apa lagi makna maruah bangsa melayu di tanah melayu ini.
Oleh :
Ustaz Hj. Zamani Ibrahim
Pengerusi Badan Perhubungan Berjasa Negeri Sembilan
Menakutkan.tolonglah pemimpin2 ngo melayu bijak pandai mlyu tolong buat sesuatu..bettindaklah sblm nasi mnjadi bubur
Ustaz Hj Zamani Ibrahim … saya bersama tuan biar pun kering biar pun basah,biar pun redup biar pun panas,biar membanjir darah di bumi berputih tulang sekali TIDAK,BUMI BONDA BUMI BERMARUAH,BUMI BONDA BUMI BERADAP.SEKALI PUN MELAYU REJAM PEMIMPIN PENGKHIANAT BANGSA DAN UGAMA