KENYATAAN MEDIA BERJASA : PERGERAKAN PEMUDA BERJASA MENYELAR PERBUATAN MENGAJAR NYANYIAN LAGU NEGARAKU DALAM BAHASA MANDARIN

KENYATAAN MEDIA

PERGERAKAN PEMUDA BERJASA MENYELAR PERBUATAN MENGAJAR NYANYIAN LAGU NEGARAKU DALAM BAHASA MANDARIN

1. Pergerakan Pemuda BERJASA menyelar perbuatan mengajar pelajar-pelajar di sekolah rendah menyanyikan lagu kebangsaan lagu Negaraku dengan menggunakan bahasa asing bukan menggunakan bahasa kebangsaan bahasa Melayu.

2. Perbuatan menyanyikan lagu Negaraku dengan alih bahasa sepenuhnya dalam bahasa Mandarin adalah satu perbuatan yang tidak wajar dan mencalar maruah Lagu Kebangsaan.

3. Seperti yang tertulis di dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968, lagu kebangsaan versi penuh ataupun versi Diraja yang boleh dinyanyikan di sekolah atas tujuan pembelajaran kepada para pelajar.

4. Pergerakan Pemuda BERJASA menggesa agar pihak berkuasa membuat siasatan terhadap sebaran video tersebut dan mengenakan tindakan undang-undang ke atas pelaku yang bertanggungjawab mengajar para pelajar menyanyikan lagu kebangsaan dalam alih bahasa mandarin sepenuhnya dengan kadar segera.

5. Pergerakan Pemuda BERJASA menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar menghormati lagu kebangsaan dan menghormati sensitiviti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Segala kegiatan yang mencabar keabsahan dan juga martabat lagu kebangsaan dan apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan tentang keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai Agama Persekutuan perlembagaan perlu dihentikan dengan serta merta.

Iqbal Hakim bin Abdul Razak
Ketua pemuda
Pergerakan Pemuda berjasa

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *