Ronnie Lui robek luka orang Melayu

PUCHONG, 3 Dis – Tindakan Ronnie Lui, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek yang hadir ke majlis memperingati Ulang Tahun Ke-30 Perjanjian Damai Hatyai antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 2 Disember 1989 di Kajang semalam ibarat merobek kembali luka berdarah dikalangan orang Melayu.

“Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia satu ketika dulu pernah diancam komunis yang membunuh, membakar malahan menyeksa orang Melayu dengan sangat kejam.

Tidakkah tindakan Ronnie Lui itu ibarat merobek kembali peritiwa hitam dikalangan kita,” kata Naib ketua Pemuda Berjasa Mohd Azriq Rosman.

Tambahnya lagi, kehadiran Ronnie ke majlis tersebut seolah merestui perbuatan bahkan menyokong perjuangan komunis secara diam-diam.

Menurut laporan akhbar juga, perjumpaan tersebut sebagai mengingati sejarah dan bukan sebagai usaha mewujudkan semula kefahaman komunis.

“Siapa yang boleh sahkan yang majlis itu tidak menyebarkan fahaman komunis? Bahkan polis pun tidak mengetaui tentang perhimpunan tersebut,” tambahnya lagi.

Bagi Azriq, fahaman komunis ini harus disekat dan dihapuskan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini pada masa akan datang.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *