Penganjuran Expo Tattoo Malaysia 2019 : Mujahid jantanlah sikit!

PUCHONG, 4 Dis – Seperti yang dilaporkan oleh media, Menteri Agama Mujahid Rawa mempersoal tindakan netizen yang rata-rata marah dan kesal dengan penganjuran Expo Tattoo Malaysia 2019 yang mempamerkan aksi separuh bogel di tempat terbuka dan tumpuan ramai.

Katanya, isu itu sengaja dimainkan oleh pihak tertentu untuk menyerang kerajaan dan disebar luas di media.

Perkara ini menarik perhatian Mohamad Ad Satiman, Ketua Pemuda Berjasa Johor yang menyifatkan, kemarahan rakyat Malaysia ada asasnya kerana ianya melibatkan banyak sensitiviti.

“Mujahid selaku Menteri Agama harus faham yang negara kita ini mementingkan adab dan sopan. Apabila berlaku penganjuran seperti ini tidak menggambarkan tentang Malaysia yang sangat terkenal dengan adab ketimuran,” katanya ketika dihubungi.

Pada masa yang sama Ad mempersoal kenyataan Mujahid yang meminta agar dimasa hadapan program seperti ini dilakukan haruslah dibuat secara tertutup.

“Mujahid kata program sebegini perlu buat secara tertutup. Maka, adakah menteri agama merasakan program tidak bermoral ini bertepatan dengan adab ketimuran yang sepatutnya terpakai kepada semua termasuk bukan Islam?,” soalnya lagi.

Menurut Ad lagi, dia mahu Mujahid bersikap lebih jantan dan tegas untuk mengekang penganjuran seumpaman ini lagi kerana ianya juga memberikan gambaran yang kurang enak untuk Malaysia yang merupakan negara Islam.

Dalam perkembangan terbaru pihak polis akan memanggil penganjur expo berkenaan untuk disoal siasat yang turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) seperti yang tertera di layar belakang pentas.

Bagaimanapun, MOTAC menafikan pernah meluluskan penganjuran ekspo berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur ekspo itu.

 

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *