Bagaimana DAP menyemai sentimen kebencian

Dulu DAP guna sentimen benci Mahathir dalam kalangan orang Melayu UMNO pengikut Anwar, selepas Anwar dipecat daripada jawatan TPM dan UMNO, untuk dapatkan sokongan orang Melayu demi perjuangkan agenda chauvinis mereka.

Dalam masa yang sama, kebencian pada Mahathir yang digelar Maha Firaun pada masa itu, telah meningkatkan jualan akhbar harakah secara mendadak. PAS mendapat sokongan mendadak kerana krisis dalam UMNO, kerana orang benci Mahathir.

DAP guna sentimen benci Mahathir dalam kalangan orang Melayu dalam PAS, sama ahli lama PAS yang sudah memusuhi orang UMNO sejak puluhan tahun sampai jadi dua imam dan boikot kenduri, mahu pun ahli baharu PAS yang masih segar membenci Mahathir dan mahu perjuangkan Anwar. DAP guna Melayu macam ini untuk angkat agenda chauvinis mereka.

Arus benci Mahathir ini berjaya memberikan sedikit lonjakan kepada pembangkang dan menambah kerusi PAS pada PRU1999. Terengganu jatuh ke tangan PAS.

Tetapi faktor benci Mahathir ini reda apabila Abdullah Badawi mengambil alih jawatan PM. Amat jelas dalam kajian akademik bahawa faktor imej Abdullah ketika mula-mula naik sebagai PM salah satu penyebab melonjakkan kemenangan BN pada PRU2004.

Tetapi imej Abdullah ini tidak kekal lama apabila pentadbirannya yang lemah telah menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga pada pilihanraya 2008.

Selepas itu Mahathir memainkan peranan mendesak Abdullah letak jawatan. Abdullah akur. Kemudian situasi yang sama berlaku ke atas Najib, apabila didesak oleh Mahathir untuk berundur, tapi Najib enggan.

Maka bermulalah arus kebencian terhadap Najib. DAP guna sentimen benci Najib dalam kalangan orang Melayu PKR, PAN, PPBM dan rakyat jelata, untuk melajukan agenda chauvinis mereka.

BN jatuh, bermakna tamatlah pemerintahan dominasi Melayu sejak selepas merdeka. DAP menggunakan segala peluang sebagai pemerintah untuk mengaut laba bagi agenda chauvinis mereka.

Tetapi PH tak pandai memerintah dan chauvinisme DAP terlampau mencolok mata. Perkara ini melahirkan sentimen benci PH.

Sentimen benci PH dalam kalangan orang Melayu UMNO dan PAS ini digunakan dengan bijak dan licik oleh MCA, untuk kelangsungan agenda chauvinis mereka. Mereka guna sungguh-sungguh, kerana dalam situasi orang Melayu selepas 2008 hingga kini, sudah tiada lagi istilah akur pada orang Melayu (parti Melayu).

Dalam kedua-dua kes, iaitu DAP guna sentimen kebencian orang Melayu terhadap Mahathir dan Najib, dan MCA guna sentimen kebencian orang Melayu terhadap PH, agenda chauvinis mereka kekal berada di arus sebelah atas, berjaya meluncur di atas gelombang kebencian itu. Hanya peluncurnya sahaja bertukar orang; DAP dan MCA.

Dalam kedua-dua kes, orang Melayu pentaksub parti kekal membodohkan diri sendiri.

 

Ustaz Hj. Hazizi bin Ab. Rahman

Naib Presiden Berjasa

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *