DAP, MCA & Gerakan hormatilah Perlembagaan Persekutuan

September lalu, parti Gerakan telah memfailkan saman terhadap kerajaan Pusat untuk mencabar keputusan kerajaan yang mahu melaksanakan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Keputusann Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amarjit Serjit Singh menegaskan bahawa pelaksanaan kelas Jawi di sekolah Cina dan Tamil di seluruh negara adalah tidak bertentangan dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Jawi, adalah sebahagian daripada Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia.

Walaubagaimanapun, seperti kebiasaanya, DAP, MCA & Gerakan tidak berdiam diri. Semakin hari, semakin kuat usaha mereka dalam memastikan agenda mereka tercapai. DAP mendesak dari dalam kerajaan, MCA mendesak dari dalam blok pembangkang, begitu juga dengan parti Gerakan.

Tampak senada, seia dan sekata dalam isu yang menyentuh agenda kepentingan kaum Cina sekalipun agenda tersebut bertentangan dengan isi dan semangat Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Sampai bila parti-parti ini mahu memainkan sentimen anti semangat Perlembagaan?

Justeru itu, dengan penuh ketegasan dan prinsip, parti BERJASA menyeru agar DAP, MCA & Gerakan, agar menghentikan segera tindakan rasis melampau ini.

Kembalilah kepada kefahaman sebenar tentang kontrak sosial yang pernah nenek moyang kalian persetujui dan tandatangani.

Hormatilah Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunjang kepada negara yang sedang kita bangunkan bersama ini.

Hazwan Mohamad,

Ketua Penerangan BERJASA Pusat.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *