Isu UEC: ‘Menang Sorak Kampung Tergadai’

Wanita Berjasa menyelar tindakan YB Jeck Seng yang memenangi PRK Tanjung Piai baru-baru ini kerana telah terang-terang tidak sabar menuntut komitmen kerajaan PH terhadap laporan akhir kajian pengiktirafan dan implementasi UEC.

Kenapa YB MCA beriya-iya benar mengangkat isu ini ke parlimen sedangkan banyak lagi isu rakyat di Tanjung Piai yang merupakan isu nasional juga seperti isu dadah, pengangguran, kos sara hidup dan lain-lain.

Kenapa tidak biarkan sahaja parti cauvinis DAP dan pertubuhan Dong Zhong yang ‘melalak’ dalam isu UEC? Apa agenda MCA untuk turut serta ‘meroyan’?

Sebelum menang PRK , tidak begitu kedengaran desakan yang terang-terang tentang status laporan UEC daripada MCA. Mengapa sekarang lain pula rentaknya?

Inilah akibatnya apabila memilih pemimpin sebegini. Menang sorak kampung tergadai. Bolehkah pengundi Melayu Tanjung Piai meletakkan harapan ke atas YB Jeck Seng di dalam memperjuangkan nasib mereka. Sedangkan baru jejak kaki ke parlimen, sudah mula menjadi hero pembela kaum sendiri membelakangkan kelompok majoriti.

Bayangkan jika UEC yang tidak mengikut dasar pendidikan negara diktiraf dan digunapakai untuk kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT) diluluskan. Ia sama sekali adalah tindakan yang tidak adil kepada pelajar lepasan SPM dan STPM aliran kebangsaan.

Apakah kelebihan UEC berbanding SPM dan STPM sedangkan umum mengetahui sekolah persendirian cina memilih untuk tidak berada dalam sistem pendidikan negara sedari awal.

Bijaknya kaum cina berpolitik dalam memperjuangkan kepentingan kaum mereka sedangkan bangsa melayu masih taksub dengan blok kepartian bukan memilih pemimpin yang berwibawa, jujur, amanah dan berintegriti yang mampu membela nasib mereka.

Buruk baik di tangan kita,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-berpada,
Jangan cacing naik ke mata.

PUAN HAJJAH AZIZAH BT CHE AWANG
KETUA WANITA BERJASA

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *