MB Perak jangan tunduk dengan desakan DAP

IPOH, 26 Nov- “Menteri Besar Perak (Ahmad Faizal Azumu) jangan sesekali tunduk dengan desakan DAP Perak yang semakin hari makin rakus menuntut yang bukan hak mereka,” kata Ustaz Shaharuzaman Bistaman Pengerusi Perhubungan Berjasa Negeri Perak.

Beliau ketika dihubungi berkata, ADUN DAP Perak sudah beberapa kali mendesak Menteri Besar Perak supaya memberikan status 999 tahun atau hak milik tetap kepada pajakan tanah di kampung-kampung baru Cina di negeri itu, sedangkan ianya bercanggah dengan Perkara 91 (5) Perlembagaan Persekutuan.

Merujuk kepada kenyataan media kelmarin, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menuntut janji pemberian hak milik kekal tanah kampung baru terhadap orang Cina seperti yang termaktub dalam Manifesto pilihanraya Pakatan Harapan (PH) semasa PRU-14 yang lalu.

Katanya lagi, sikap ini jelas menunjukkan yang sikap semulajadi DAP yang sangat konsisten dalam memperjuangkan agenda kaum Cina di Perak.

“Kalau betullah mereka (DAP Perak) menuntut janji manifesto kenapa tidak dituntut janji-janji yang lain?

“Ini jelas menunjukkan mereka hanya mementingkan hak mereka sahaja,” katanya lagi.

Beliau juga melihat yang MB Perak bersungguh dalam mempertahankan desakan tersebut dan menasihatkan agar jangan sesekali tunduk dengan permintaan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

 

 

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *