Kerajaan ikut ‘telunjuk’ kapitalis arak

BANGI, 27 Rabiulawal 1441H, Ahad – Kerajaan rasis Pakatan Harapan (PH) sememangnya tidak berani untuk menyuarakan hal berkenaan industri arak yang dikuasai oleh kapitalis besar.

Ketua Penerangan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Hazwan Mohamad mendakwa, ketidakberanian itu timbul berikutan minuman memabukkan berkenaan adalah penyumbang cukai ketiga terbesar di negara ini.

“Itu belum kira kemungkinan wujud taikun-taikun ini yang merupakan penyumbang terhadap kempen-kempen ketika pilihan raya umum,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Terdahulu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, tiada peraturan melarang orang ramai minum arak di tempat awam.

Beliau menegaskan, peraturan itu sukar dilaksanakan kecuali terdapat peruntukan undang-undang khusus berhubung perkara itu di peringkat Persekutuan atau negeri.

Lantara itu Hazwan menegaskan, kerajaan tidak akan mampu menegakkan syariat Islam walaupun di dalam negara Islam sendiri, jika tiada keberanian bersuara ke atas sikap tamak haloba kapitalis arak.

“Apatah lagi dalam keadaan sekarang, di mana dari segi dominasi politiknya Melayu Islam sudah tidak lagi dominan.

“Jadi, orang Melayu perlu bersepakat untuk hantar lebih ramai lagi ahli Parlimen Melayu yang berwibawa, yang juga bebas dari segala unsur keterikatan pada mana-mana pihak,” katanya.-Ismaweb

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *