Orang Islam mesti dominan

Pokok pangkalnya ialah orang Islam mesti dominan.

Kuasa mesti ada pada orang Islam, demi menjaga maruah mereka. Kuasa bagi menjaga agama adalah ibarat wuduk bagi solat, menurut Qaedah Kulliyah Syar’iyah.

Oleh kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi, melibatkan rakyat pelbagai agama, maka kehendak Allah Taala di sebalik perintah agar tidak mengambil orang kafir sebagai pemimpin itu terlaksana apabila kita jadikan dominasi muslim sebagai prinsip yang tidak boleh dikompromikan dalam apa jua keadaan.

Kita tidak boleh berkuasa mutlak dalam situasi sistem demokrasi, tetapi kita boleh usahakan dominasi. Situasi tidak dominan adalah menyamai situasi dijajah.

Sehubungan itu, dalam mana-mana pakatan politik, orang Islam mesti dominan.

Ukuran dominan bukan sekadar bilangan. Apa gunanya ramai, jika macam buih atau lalang.

Dominan juga boleh diukur pada keputusan yang dibuat. Adakah keputusan orang bukan Islam boleh dipaksakan ke atas kita? Jika jawapannya ya, bermakna kita tidak dominan.

Jika semasa jadi pembangkang pun kita tidak dominan, bermakna kita tidak akan dominan semasa jadi kerajaan.

Manakah maslahah yang lebih utama; menunjukkan imej toleransi antara kaum dan agama dengan memberikan kawasan majoriti muslim kepada wakil bukan muslim, atau maslahah memastikan kita kekal dominan dan orang lain mesti tunduk pada dominasi kita?

Menariknya ialah DAP kata akan lantik Liew Chin Tong sebagai wakil masyarakat Cina jika calon Hj Karmaine menang, manakala calon MCA pula mengharapkan DAP tidak akur pada PPBM.

Mereka tidak kisah pun pasal imej toleran kita.

Mereka pandai politik berpakat merentasi blok kepartian untuk ambil posisi dominan, kita pula tidak faham-faham topik dominasi.

Ayat larangan lantik orang kafir sebagai pemimpin itu dipulas-pulas ikut situasi semasa PRK mahupun PRU, tanpa difahami dalam konsep dominasi yang lebih luas, mendalam dan menepati kehendak Allah Taala / Maqasid Syariah dalam bab pemerintahan.

Belajarlah wahai umatku. Ikut dengan ilmu pengetahuan, bukan dengan ketaksuban.

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman,

Naib Presiden BERJASA.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *