Warkah buat 57% Pengundi Tg Piai

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Ya benar duhai ibu ayah abang kakak yang membentuk 57% komposisi penduduk di kawasan majoriti orang Melayu Islam, Tg Piai. Izinkan untuk saya berkongsi sedikit catatan.

Saya masih teringat ketika mana detik kekecewaan ummat tatkala pengumuman oleh Barisan Nasional yang meletakkan calon yang ditolak akar umbi Umno Tg Piai sendiri.

Sebelum itu, BERJASA sudah beberapa kali menggesa pimpinan UMNO & Pas memberi peluang kepada orang Melayu Islam untuk diangkat menjadi calon di kawasan yang majoritinya adalah orang Melayu.

Namun, dek keran tertunduknya dengan ‘ugutan’ MCA yang setiap suara mereka tidak ubah sama persis parti DAP.

Belumpun menang undi, calon BN sudah menunjukkan taringnya, apabila mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati orang Melayu dan khusus orang Johor yang begitu sinonim dengan tulisan Jawi. Jeck Seng sekali lagi, jelas tidak senang dengan tulisan Jawi. Dahulu terang-terangan berikrar menentang hudud, kini jawi pula.

Maka, duhai ayah ibu abang kakak di Tg Piai, kali ini BERJASA merayu kita ubah bagaimana cara kita berpolitik. Tolong satukan undi orang Melayu Islam kepada seorang calon Melayu Islam berwibawa yang soleh, professional & merdeka.

Rakan-rakan sahabat-sahabat Umno Pas, tenangkan hati kalian, ingat pesan Allah untuk kita angkat pemimpin dari kalangan orang yang beriman untuk dijadikan pemimpin. Apatah lagi, kita mahu mengundi seorang yang perlu untuk mengisi sebuah jawatan ‘lawmaker’ dalam Parlimen Malaysia. Di mana setiap perkiraan undi untuk apa-apa sahaja usul undang-undang dan polisi kerajaan terletak ditangan ‘lawmaker’ ini.

Maka, melihat begitu pentingnya undi-undi kalian semua untuk esok, maka ayuh kita hantar mesej dari penghujung selatan benua asia ke seluruh Malaysia, bahawa orang Melayu sudah matang dalam berpolitik. Kita undi calon, bukan sekadar undi bendera parti semata-mata.

Undi Tok Badh
Pangkah Kotak Nombor 5.
Kita Hantar Muslim Berwibawa Ke Parlimen!

Anakanda Hazwan Mohamad
15 November 2019

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *