MCA hidup atas ihsan pengundi Melayu
/0 Comments/in Uncategorized /by azura aliSebenarnya MCA sudah menjadi liabiliti kepada BN atau lebih tepat lagi UMNO. Bagaimanapun dalam keadaan hampir mati itu juga MCA masih bongkak mengugut untuk keluar dari BN. MCA hendak ke mana sebenarnya sekiranya keluar dari BN? Sudah tentu MCA akan menjadi satu lagi parti Cina yang selari dengan DAP.
Kemenangan MCA di Parlimen Tanjung Piai sebelum ini adalah ihsan UMNO yang mengorbankan kawasan majoriti Melayu diberikan kepada calon Cina. Sekiranya sebelum ini MCA bertanding menentang UMNO di Tanjung Piai sudah lama kawasan itu menjadi milik UMNO.
MCA kini tidak menyumbang apa-apa kepada UMNO dan BN. Sepatutnya peneraju perti ini tidak gelojoh dan mengukur baju di badan sendiri sebelum bertanding di Tanjung Piai. MCA perlu sedar akan hakikat semasa parti itu yang sudah hilang pengaruh.
Pengundi Melayu Tanjung perlu ‘menghantar’ Ahli Parlimen yang memahami masalah mereka ke Parlimen. Mereka perlu memilih calon yang bebas memperjuangkan kepentingan dan hak-hak orang Melayu serta bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan tanpa terganggu dengan dasar gabungan yang tidak mesra Melayu dan Islam.
Tidak sepatutnya Tanjung Piai jatuh ke tangan calon dari MCA kerana UMNO ternyata lebih keterampilan dan berpengaruh sebagai pembangkang. Cara berfikir sesetengah pihak hingga membuat keputusan yang seolah-olah memaksa orang Melayu memberi undi kepada MCA tidak terbayangkan rasionalnya.
Kalau dalam pilihan raya umum sebelum ini MCA hanya menang kerana sifat kasihan UMNO dan pengundi Melayu, PRU 14 membuktikan pengundi menolak MCA apabila memilih calon Melayu dari PBBM. Teori mengatakan Tanjung Piai kubu MCA tidak boleh diterima lagi. Tetapi anehnya sekali lagi MCA diberi peluang dalam keadaannya yang sudah ‘mati.’
Kalau dilihat kembali keputusan PRU 14 yang lalu, sangat jelas menunjukkan MCA telah ‘mati.’ MCA mencatatkan kekalahan yang paling teruk dan memalukan apabila hanya memenangi tiga kerusi – dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu Parlimen. Itupun kemenangan yang diperoleh daripada kawasan majoriti Melayu. Maknanya kawasan itu selayaknya diberikan kepada calon UMNO.
Bayangkan tanpa ihsan UMNO, sudah tentu MCA hilang terus daripada peta politik negara ini. Penolakan pengundi Melayu terhadap MCA terbukti apabila semua tiga kerusi itu mencatatkan majoriti yang sangat kecil. Sepatutnya isyarat ini menjadi rujukan BN sebelum memutuskan MCA bertanding di Tanjung Piai.
Tanda aras kemampuan MCA sudah terbukti rendah. Dengan memberikan peluang seterusnya, ini bukan satu keputusan politik yang bijak. Pendekatan BN untuk mengambil hati MCA sudah tidak kena pada tempatnya. Apatah lagi dalam keadaan MCA yang bongkak dan angkuh mengugut untuk keluar dari BN.
Cuba lihat kerusi yang dimenangi MCA pada PRU 14 lalu. Kerusi Parlimen Ayer Hitam di Johor dimenangi Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dengan majoriti hanya 303 undi. Sebagai presiden, majoriti ini adalah satu tamparan kepada MCA.
Kawasan berkenaan mempunyai 46,157 pengundi dengan dengan komposisi Melayu sebanyak 66.72 peratus, Cina (31.4 peratus) dan India (1.33 peratus), manakala bakinya lain-lain (0.48 peratus).
Dua kerusi DUN pula ialah DUN Cheka dalam Parlimen Lipis di Pahang yang dimenangi Lee Ah Fong dengan majoriti kecil 202 undi. Kerusi itu mempunyai pengundi seramai 12,585 orang dengan komposisi pengundi Melayu sebanyak 71.4 peratus, Cina (22.40 peratus), India (4.81 peratus) dan lain-lain (1.32 peratus).
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!