PRK Tg Piai: Orang Melayu rebut kembali kerusi kita!

Kawasan Parlimen Tg Piai asalnya adalah milik orang Melayu kerana majoriti populasi di Pontian adalah orang Melayu. Kerana MCA mahu kerusi, BN melakukan persempadan semula pada tahun 2003 dan mengeluarkan Tanjung Piai daripda Parlimen Pontian. Langkah ini meningkatkan majoriti pengundi Cina di Tanjung Piai sehingga 48% pada PRU 13 yang lalu.

Walaupun Tg Piai mempunyai pengundi majoriti Melayu sehingga 57% yang dicatatkan sehingga kini, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa untuk mendapatkan seorang wakil rakyat Melayu yang bersih dan merdeka daripada sebarang pengaruh luar seperti dari DAP dan MCA untuk diundi semasa PRK Tg Piai 2019 ini.

Tentunya hal ini menjadikan orang Melayu di Tanjung Piai berasa sangat kecewa kerana seperti rasa dikhianati. MCA berterusan dengan agenda rasis mereka, apabila Wee Jeck Seng mengatakan bahawa beliau tidak akan sesekali bersetuju akan tulisan jawi dikembalikan ke sekolah-sekolah.

Begitu juga di belah Pakatan Harapan. Apabila DAP dikatakan akan melantik Liew Chin Tong membantu masyarakat Cina di Tanjung Piai. Jadi apa gunanya Hj Karmanie?

Orang Melayu harus bangkit. Bangkit daripada terus dibuli sebegini. Tunjukkan bahawa orang Melayu punya maruah. Jangan sesekali mengangkat pemimpin yang terang-terang bersepakat melawan agenda Melayu dan Islam. Lantiklah calon yang bersih, merdeka dan profesional.

Berjasa (simbol bintang) tampil dengan calon yang segar bagi orang Melayu. 

Dato’ Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham membawa agenda persepakatan Melayu dan pembangunan jati diri Melayu. Sesuatu yang tidak pernah lagi dilakukan oleh calon-calon yang hanya menjanjikan pembangunan material bersifat gula-gula.

Harapan saya ingin melihat , kawasan Tg Piai dikembalikan haknya yang sebenar. Hak orang Melayu untuk memilih pemimpin yang akan membela nasib dan masa depan mereka! Kerusi yang sepatutnya menjadi milik orang Melayu, tidak sepatutnya jatuh ke tangan pihak lain.

 

Hazwan Mohamad

Ketua Penerangan Berjasa

1 reply

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *