Nasib Melayu di tangan Berjasa

Tampil pembangunan holistik, bukan gula-gula

Kita pernah lihat bagaimana Parti Barisan Nasional memerintah negara selama puluhan tahun. Ada beberapa kemajuan dan banyak juga salah laku yang berlaku berupa rasuah dan ketirisan.

Puluhan tahun juga rakyat memilih dan melihat bagaimana Pas memerintah Terengganu dan Kelantan. Secara jujur dikatakan, tidak banyak perubahan-perubahan bersifat struktural berupa pentadbiran dan kemajuan.

Kemudian timbul pula blok Pakatan Harapan. Kononnya sebelum PRU 14 mengelar diri mereka paling bersih efisyen, dan melawan korupsi. Namun apabila mereka naik memegang tampuk kuasa, indah khabar dari rupa. Penipuan demi penipuan terus berlaku.

Apa lagi pilihan yang ada bagi rakyat Malaysia? Khususnya orang Melayu. Nasib mereka semakin melarat, dan mereka bagaikan merempat di bumi sendiri. Pemimpin Melayu hilang arah, sibuk bergaduh untuk mendapatkan kerusi.

PRK Tanjung Piai ini menyaksikan sebuah parti baru bertanding. Penglibatan Berjasa semestinya tidak sama seperti penglibatan parti-parti politik yang lain di medan demokrasi. Berjasa melihat masalah orang Melayu tidak akan selesai dengan hanya menumpukan usaha berupa wang dan masa untuk meraih undi semata-mata. Bukan juga dengan pembangunan “gula-gula” yang dirancang bersifat untuk meraih undi dan mengekalkan kuasa.

Berjasa melihat masalah orang Melayu perlu diselesaikan secara holistik. Holistik dengan erti kata pembangunan orang Melayu merentas bidang. Dalam bidang agama, pendidikan, ekonomi, sains dan teknologi, budaya dan kemasyarakatan, media dan lain-lain lagi. Orang Melayu masih lagi terkebelakang dalam semua bidang ini.

Ahli Berjasa yang rata-ratanya terdiri daripada kelompok muda profesional memberikan sinar harapan baru buat Malaysia. Hampir 95% ahli muda Berjasa memiliki ijazah di peringkat sarjana muda, 60% daripada belajar di luar negara dalam pelbagai bidang. Di setiap sektor tersebut ada ahli-ahli Berjasa. Ahli-ahli Berjasa bukanlah baru, dalam bidang-bidang tersebut. Sesetengah daripadanya sudah bergelumang puluhan tahun dengan aktiviti pembangunan Masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Berjasa tampil di Tg Piai dengan wajah yang segar. Menampilkan Presiden Berjasa, Dato’ Dr Badhrulhisham yang juga merupakan seorang profesional dalam bidang kejuruteraan. Bukan sekadar itu, beliau juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan, kekeluargaan dan pembangunan belia di Universiti-universiti awam tempatan.

Saya kira kita harus melihat setiap “track rekod” ini sebelum mengundi. Adakah calon yang ditampilkan mampu memberikan penyelesaian terhadap masalah orang Melayu. Bukan sekadar menabur janji manis berupa pembangunan “gula-gula” untuk meraih undi.

Jika orang Melayu mahukan sesuatu yang baru, tidak rugi orang Melayu mengundi Berjasa di Tanjung Piai.

Undi Bintang, nescaya akan menyuluh perjalanan hidup anda.

Iqbal Hakim bin Abdul Razak
Ketua Pemuda Berjasa
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *