KENYATAAN MEDIA : BERHUBUNG ARAHAN SPR MEMINTA SEMULA PARTI MEMOHON PERMIT UNTUK KEMPEN RUMAH KE RUMAH

KENYATAAN MEDIA

BERHUBUNG ARAHAN SPR MEMINTA SEMULA PARTI MEMOHON PERMIT UNTUK KEMPEN RUMAH KE RUMAH

1. Berhubung dengan satu kenyataan media oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berkenaan peringatan tentang permohonan permit dan pematuhan undang-undang oleh parti yang bertanding, Berjasa secara jelas (dan pada dasarnya) tidak membantah arahan tersebut, malahan akur dengan segala arahan daripada pihak berkuasa.

2. Namun berkenaan permohonan permit kempen dari rumah ke rumah, Berjasa melihat perkara itu merumitkan malahan arahan yang diterima adalah pada saat akhir tarikh berkempen iaitu berbaki dua hari lagi.

3. Selain itu juga, permohonan permit bagi kempen dari rumah ke rumah tidak dinyatakan di dalam mana-mana peruntukan undang-undang (berkaitan) Pilihan Raya.

4. Arahan tersebut seakan-akan meremehkan dan memandang kecil terhadap kematangan calon-calon dan parti-parti politik dalam berkempen ketika pilihanraya.

5. Oleh itu Berjasa meminta agar pihak SPR (dan pihak PDRM) (dapat mengkaji semula) arahan permohonan permit dari rumah ke rumah tersebut agar tidak merumitkan suasana berkempen oleh parti-parti yang bertanding.

6. Pada masa yang sama SPR haruslah bersikap telus dan amanah dalam melaksanakan tugas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ini bagi mengelakkan badan bebas ini dari menerima tohmahan masyarakat.

7. Walau bagaimana pun, Berjasa tetap dengan pendiriannya dan akan terus mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh SPR dalam kempen PRK kali ini.

Sekian Terima Kasih.

Dato Dr. Ir. Ts. Badhrulhisham Abdul Aziz
13 November 2019
Tg. Piai

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *