“Rasuah Pengundi” Pakatan Harapan 2 x 5 dengan “1MDB”

Bersih 2.0 dalam satu laporan dalam Sinar Harian telah menyelar kerajaan PH kerana memberi “rasuah” kepada pengundi untuk memancing undi. Mereka menyifatkan bantuan itu sebagai menyalahi undang-undang dan etika.

Dahulu merekalah yang terpekik terlolong mengatakan bahawa Barisan Nasional mengunakan strategi kotor memberi rasuah kepada pengundi. Kini mereka juga 2 x 5 sama dengan Barisan Nasional turut sama mengunakan politik wang untuk meraih undi.

Apa lagi yang boleh kita percaya dengan kedua-dua belah parti komponen ini. Selepas satu, satu dan satu pembohongan yang dilakukan. Rata-rata rakyat sudah muak dengan politik kotor seperti ini.

Adakah Pakatan Harapan sudah kehabisan modal untuk meraih undi hingga terpaksa mengunakan wang rasuah? Jika begini strategi mereka, tidak jauh bezalah dengan 1MDB yang hasratnya juga untuk mendapatkan wang segera agar Barisan Nasional mendapat modal besar untuk menang Pilihan Raya.

2 x 5 sahaja PH. Kata orang bermain politik wang, mereka juga sama!

 

Siti Aishyah binti Sulaiman

Ketua Pemudi Berjasa

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *