PRK Tg Piai, Melayu rugi besar undi MCA & Bersatu

Dalam ceramah kempen MCA dan DAP-Bersatu di Tanjong Piai dua-dua pihak nampaknya sedaya upaya cuba meraih undi orang Cina di sana. MCA tidak mengapalah, sudah parti Cina. Namun Bersatu ini pula lebih sudu daripada kuah. Semata-mata mahu dapat undi Cina mereka terpaksa menjadi sesumpah. Rela bertukar wajah dan menumpukan tenaga pada pengundi Cina.

Barangkali Bersatu lupa, majoriti pengundi di Tg Piai adalah orang Melayu. Mungkin mereka agak yakin. Di blok pembangkang Barisan Nasional ingat orang Melayu suka akan strategi mereka letak calon MCA anti hudud? Dan di blok kerajaan pula mereka ingat orang Melayu suka Bersatu jadi tunggangan DAP dan menjadi parti berwajah Cina?

Orang Melayu perlu ingat andai dua blok ini mereka undi nanti, rugi besarlah mereka. Sewaktu berkempen pun kita sudah tahu niat dan wajah sebenar masing-masing. Kata hendak angkat suara Melayu tapi sebaliknya yang berlaku.

Orang Melayu Tg Piai perlu bangkit! Jika dahulu semasa PRU 14 kita boleh berubah tumbangkan Barisan Nasional dengan harapan Pakatan Harapan lebih baik. Kini apabila Pakatan Harapan menipu, kenapa kali ini kita perlu berpatah balik kepada Barisan Nasional?

Kita sudah ada alternatif baru calon dari Berjasa. Berwibawa, bersih, kuat agama, profesional dan amanah. Tidak mahukah kita akan perubahan paling besar dalam sejarah PRK Malaysia? Orang Melayu Tg Piai, tunjukkan “kuasa” anda. Jangan biar parti politik membuli kita orang Melayu. Tunjukkan siapa berkuasa! Sekarang bukan lagi pilihan binari Dacing dan Roket? (PH), kita ada pilihan ketiga Bintang. 100% Melayu Islam. Anda pasti tidak akan rugi wahai pengundi Tg Piai!

Ini kalilah kita hantar suara Melayu Islam ke Parlimen! Undi Calon Muslim Berwibawa!

 

Mohamad Ad bin Satiman

Ketua Pemuda Berjasa Johor

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *