KENYATAAN MEDIA – BERJASA HANTAR CALON P165 TANJUNG PIAI

Pasca PRU 14 menatijahkan kehilangan dominasi kuasa politik Melayu dan Islam, sedangkan kestabilan politik negara bergantung pada dominasi tersebut selama lebih 60 tahun merdeka.

Sehubungan itu, pelbagai fenomena yang diungkapkan sebagai “Islam dibuli” telah membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan umat Islam di sepanjang lebih setahun pemerintahan PH.

Berjasa bersetuju dan menyokong kerjasama PAS dan UMNO demi mengukuhkan kesepakatan sesama parti politik Melayu. Namun laluan yang BN beri kepada MCA untuk bertanding di Tg Piai kali ini langsung tidak membawa aspirasi orang Melayu Islam masa kini.

Berjasa menghormati keputusan tersebut, namun merasa bertanggungjawab untuk memenuhi hasrat pengundi Melayu Islam yang mahukan calon muslim berwibawa.

Sehubungan itu, Berjasa mengambil keputusan untuk menghantar calon ke PRK Tg. Piai dalam rangka sistem demokrasi yang meraikan kepelbagaian dan perbezaan secara harmoni.

Prinsip Berjasa masih sama iaitu mahu mengangkat mesej ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa’ di kawasan yang majoritinya adalah pengundi Melayu Islam.

Berjasa berharap agar pengundi Melayu Islam di Tg Piai membuat pilihan yang wajar dan bijak, berikutan kegagalan Pakatan Harapan (PH) dalam menunaikan janji dalam pilihanraya lepas, malahan kuasa mereka juga didominasi oleh DAP.

Dalam masa yang sama keutamaan untuk mendapatkan semula dominasi kuasa politik Melayu melalui calon muslim berwibawa adalah satu keperluan nasional dan Tg. Piai tidak terkecuali dalam merealisasikan keperluan utama ini.

Kita juga mengharapkan pengundi Tg. Piai dapat menghantar mesej kepada umat Islam seluruhnya akan kegusaran umat Islam.

Sekian.

Dato’ Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz,

Presiden Berjasa

1 November 2019

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *