Calon dari kaum majoriti pengaruhi undi: Berjasa

BANGI, 29 Okt – Calon daripada kaum majoriti penduduk di sesebuah kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Rakyat (DUN) penting untuk mempengaruhi sokongan dan jumlah undi.

Ketua Penerangan Parti Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa), Hazwan Mohamad berkata, langkah itu telah dilakukan parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu, apabila mempertaruhkan sekurang-kurangnya lapan calon di kawasan majoriti Melayu.

“Berjasa pada PRU-13 sebelum ini, ada mendesak Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Rakyat untuk membuat perkara sama, namun mereka tetap menghantar calon yang bukan daripada kaum majoriti untuk mewakili Parlimen atau Dun yang mereka tandingi,” katanya dalam temubual Cakap Serupa Bikin dengan topik PRK Tanjung Piai: Calon Muslim atau Calon Tradisi, di TV Pertiwi hari ini.

Melalui usaha itu, Hazwan berkata, ia tidak memutuskan semangat Berjasa untuk terus berjuang dan memperkenalkan slogan baharu iaitu mendidik rakyat supaya tidak melihat undi semata-mata dalam pilihan raya.

“…tetapi kata kuncinya adalah kestabilan penduduk yakni 70 peratus majoriti orang Melayu berada di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, BN dan Pakatan Rakyat telah mengikut jejak langkah Berjasa kerana semakin sedar perubahan pada PRU14 perlu dibuat seperti yang diunjurkan.

Beliau berkata, hal ini kerana kedua-dua parti itu telah mengimbas kembali kesalahan yang mereka lakukan pada PRU-13, iaitu tidak meletakkan calon dari kaum majoriti sesuatu kawasan yang ditandingi.

Katanya, kedua-dua parti itu juga melihat Berjasa melalui calon-calon dan slogan-slogan yang dibawa.

“Akhirnya selepas PRU-14 ini, rata Melayu telah sedar, bahkan Cina dan India turut sedar bersama pendapat yang sama untuk kita lihat kepada kestabilan majoriti kaum penduduk di Malaysia.

“Kalau orang Melayu yang membentuk majoriti masyarakat di Malaysia ini stabil ekonominya, stabil sosio politiknya, maka tidak mustahil dna tidak dinafikan bahawa kaum-kaum lain yang menduduki Malaysia juga bakal mendapat manfaat yang sama iaitu kestabilan,” katanya.Ismaweb.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *