Kongres Melayu buang masa

MELAYU sudah hilang maruah apabila kuasa politik di Tanah Melayu ini diserahkan dominasinya kepada bukan muslim, diterajui oleh DAP.

Melayu sudah hilang maruah apabila undang-undang Syariah milik urusannya sendiri dibentak pindaan penambahbaikannya oleh bukan muslim, dikepalai DAP dan disokong oleh MCA dan Hindraf.

Melayu sudah hilang maruah apabila nyawa seorang anak bangsanya cuba dipersampahkan oleh Peguam Negara secara terang-terangan.

Melayu sudah hilang maruah apabila ekstremis Hindraf yang memfitnah muslim negara ini di luar negara dilantik sebagai Menteri Perpaduan, P Waytha Moorthy kemudian bertindak menuduh pihak polis secara melulu hingga mengakibatkan rusuhan dan melayangnya nyawa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Melayu sudah hilang maruah apabila lebih 300 ribu menandatangani petisyen meminta Waytha Moorty dipecat, tapi dia masih di situ mentertawakan Melayu.

Melayu sudah hilang maruah apabila berbilion-bilion aset negara yang menjadi tunjang ekonomi Melayu dan bumiputera dijual, bagi memiskinkan negara, supaya satu hari nanti Melayu terpaksa sujud kepada kapitalis ultra kiasu.

Melayu sudah hilang maruah apabila agamanya sering dibuli.

Jadi, apa Kongres Maruah Melayu boleh buat?

Bubarkan sahaja Parlimen jika benar-benar mahu menebus maruah Melayu. Tolak sebarang kerjasama dengan DAP jika kamu jujur dengan agenda Islam dan Melayu. Tak perlu main persepsi dan sentimen. Jangan buang masa kami. Jangan nak tipu kami lagi.

Ambil tindakan berprinsip, bukan berhimpun beretorik. Serah semula kuasa kepada umat untuk beri mandat baharu kepada kepimpinan Islam dan Melayu.

Ustaz Hazizi Abd Rahman
Naib Presiden Berjasa

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *