BERJASA sedia tawar calon Muslim berwibawa ke PRK tanjung Piai
Oleh : Nursabihah Mohtar
JOHOR BHARU, 10 Okt – Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) bersedia menghantar calon Muslim berwibawa sekiranya Gagasan Sejahtera tetap untuk menghantar calon dari MCA ke Pilihanraya Kecil (PRK) Tanjung Piai.
Ketua Perhubungan Negeri BERJASA Johor Izzul Hafizuddin berkata “Ini merupakan salah satu desakan kami kepada mana-mana parti yang bertanding untuk pilihanraya kecil Tanjung Piai, kami hadir untuk memastikan mesej kami jelas iaitu undilah calon muslim berwibawa ataupun kami akan menggerakkan agenda vote for muslim first , jika anda masih lagi tidak meletakkan calon muslim di kawasan majoriti muslim,” katanya ketika menerima tag dan borang pencalonan dari Pegawai Unit Pendaftaran Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Samsudin bin Abd Kadir di Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Johor Bahru siang tadi.
Ujarnya lagi, BERJASA sudah menyediakan tiga orang calon dari parti BERJASA dan Gagasan Sejahtera johor bharu untuk bertanding sekiranya, BN meletakkan calon MCA untuk bertanding.
“Jadi mesej kami jelas, undilah calon muslim berwibawa, sekiranya tidak ada calon muslim yang berwibawa, BERJASA yang akan menghantar calon,” katanya lagi.
Pada PRU lepas calon dari BERJASA bertanding di Parlimen Tanjung Piai atas tiket PAS.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!