PRK Tg Piai: Seruan Kepada Semua Pemimpin Parti Melayu

PRK Tanjung Piai hangat dibincangkan masakini di seluruh negara terutama sekali dalam pemilihan calon. Kerusi milik PPBM pada PRU14 kosong setelah kembalinya ke rahmatullah wakil rakyatnya Allahyarham Dr Md Farid Md Rafik.

Walaupun berbagai-bagai fakta dan rasional telah dikemukakan, jelas masih ada lagi usaha-usaha untuk meletakkan MCA sebagai calon di situ untuk menghadapi PH yang pastinya akan diwakili oleh PPBM. Kawasan majoriti Melayu, kekalahan MCA pada PRU14 dan penurunan undi beberapa PRU sebelum PRU14, semangat kesepakatan Melayu Islam hasil dari Muafakat Nasional, keadaan semasa politik dan lain-lain telah membuktikan bahawa pilihan calon Melayu Islam adalah yang terbaik.

MCA perlu berkorban dan memberi laluan serta kena faham kerana ini bukan PRU tetapi PRK yang memerlukan strategi tertentu untuk menang dan melonjakkan perjuangan pembangkang dalam PRU-PRU akan datang untuk menguasai negara. Bila PRU15 nanti, medan untuk berbincang pembahagian kerusi yang lebih menyeluruh boleh dibuat mengambil kira kepentingan semua kaum.

MCA akan nampak lebih ikhlas kalau memberi laluan kepada calon Melayu dari mana-mana parti dan bekerja bersungguh-sungguh menarik undi kaum Cina yang selama ini ke PH dalam PRU-PRU lepas di Tanung Piai, kembali kepada pembangkang.

Untuk menguatkan kesepakatan orang Melayu Islam yang sepatutnya mendominasi kepimpinan negara, maka BERJASA menyeru satu perbincangan antara semua parti-parti Melayu bersama-sama pemimpin-pemimpin NGO, pemimpin masyarakat nasional dan tempatan diadakan; duduk semeja membincangkan calon dan strategi paling sesuai untuk menjatuhkan PH.

UMNO dan PAS kena ikhlas dalam membuktikan Muafakat Nasional bukan hanya untuk mereka berdua tetapi adalah melangkaui dan melibatkan semua orang Melayu. Jika tidak, kepercayaan yang diberi oleh orang-orang Melayu pada 14 September lepas, akan lebur dan sukar untuk dikembalikan.

Muafakat Nasional akhirnya akan jadi retorik dan bahan peluru PH jika memilih calon bukan Melayu sebagai calon PRK Tanjung Piai kali ini. Ini bukan isu perkauman tetapi strategi yang perlu digunapakai pada waktu dan situasi tertentu.

Dato’ Dr Ir Ts Badhrulhisham Abd Aziz,

Presiden BERJASA.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *