Kenyataan Media BERJASA Inkues Kes Allahyarham Muhammad Adib

KENYATAAN MEDIA BERJASA PUSAT KEPUTUSAN KES INKUES ALLAHYARHAM MUHAMMAD ADIB

1.BERJASA mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah buat seluruh pasukan peguam yang mewakili Keluarga Allahyarham Muhammad Adib dalam prosiding inkues diatas keikhlasan berjuang menengakkan kebenaran dengan mengenepikan bukan sahaja habuan wang ringgit malah tekanan demi tekanan yang diterima dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

2.Syabas juga diucapkan kepada Koroner Rofiah Mohamad yang dengan jujur dan berani dalam membuat keputusan tanpa kompromi terhadap pihak yang selama ini dilihat menekan dan mencengkam keseluruhan proses prosiding ini sejak dari awal lagi.

3.Hasil keputusan prosiding inkues telah membuktikan bahawa kematian Allahyarham Muhammad Adib bin Mohd Kassim adalah disebabkan tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali. 

4.Maka BERJASA menggesa tindakan segera dilaksanakan oleh pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dan juga Pejabat Peguam Negara memberikan prioriti khas kepada keseluruhan sisatan untuk mendakwa dan menghukum mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kes ini. 

5.BERJASA juga menggesa, sebuah Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk meneruskan siasatan dan pendakwaan mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Penubuhan suruhanjaya ini amat penting bagi mengelakkan mana-mana pihak berkepentingan dari menganggugugat perjalanan keseluruhan pendakwaan. 

Terima Kasih.

Hazwan Mohamad,

Ketua Penerangan BERJASA Pusat.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *