Kerjasama PAS dan UMNO, perlu belajar dari peristiwa lalu

Oleh : Nursabihah Mohtar

GEMAS, 20 Sept- Presiden BERJASA, Dato’ Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz semasa ucapan pidato sempena Ceramah Umum Penyatuan Ummah di Pekan Gemas Negeri Sembilan malam tadi menyifatkan kerjasama antara PAS dan UMNO pada 14 September lalu merupakan sinar.

“Taawun antara PAS dan UMNO merupakan sinar, dan kita kena belajar daripada pengalaman lepas, supaya tidak berlaku seperti PRU 14 yang lalu,” katanya malam tadi.

Ujarnya, 30 kerusi orang melayu hilang, disebabkan UMNO dan PAS tidak bersatu menyebabkan jatuh kepada pakatan.

Beliau juga menyeru kepada semua rakyat Gemenceh untuk menolak Pakatan Harapan atas beberapa sebab antaranya kerana kegagalan menunaikan banyak manifesto dan tidak mempunyai agenda Melayu dan Islam.

“Apa sahaja yang melibatkan orang Melayu dan Islam mereka akan tentang habis-habisan. Contohnya mahu ratifikasikan ICERD, tetapi pada masa yang sama mengiktiraf UEC. Identiti ini mereka cuba nak ubah dari tanah persekutuan kepda malaysia malaysia,” katanya.

Tambah beliau, menyeru kepada rakyat untuk mengambil semula Parlimen Gemenceh dan Malaysia daripada Pakatan Harapan dengan memilih calon Muslim berwibawa.

Ceramah Umum Penyatuan Ummah ini turut disampaikan oleh YB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan, Timbalan Presiden UMNO dan Dato’ Ir. Iskandar bin Abdul Samad, Bendahari PAS Pusat.

Turut hadir ialah Ustaz Mohd hazizi Ab Rahman, Naib Presiden BERJASA dan Dato’ Mohd Isam bin Hj. Mohd Isa, Ketua Umno Bahagian Tampin.

Dato’ Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz ketika menyampaikan pidato

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *