Hari Malaysia dan Masa Hadapannya

1. 16 September 1963, idea penubuhan Gagasan Malaysia disertai secara konsensus antara Tanah Melayu, Sabah, Sarawak & Singapura (kemudian keluar Malaysia 1965).

2. Idea gagasan Malaysia ini merupakan cadangan awal Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu sekitar tahun 1961.

3. Tunku melihat peri pentingnya pembentukan gagasan ini dari sudut kerjasama politik, ekonomi dan juga menyekat pengaruh komunis yang dilihat semakin meluas sehingga mampu mengganggu gugat kestabilan politik dan ekonomi ketika itu. 

4. Beberapa tahun melalui proses rundingan dengan ahli politik, pemimpin tempatan dan rakyat, akhirnya 80% bersetuju untuk penubuhan sebuah persekutuan bernama Malaysia melalui satu pungutan suara atau referendum yang dijalankan dari bulan Februari – Julai 1962.

5. Tanggal 16 September 1963 pengisytiharan pembentukan Malaysia dilakukan oleh Tunku di Dataran Merdeka dna juga dilakukan serentak di Kota Kinabalu, Kuching & Singapura. 

6. Selepas dua tahun, masalah politik melanda Tanah Melayu & Singapura menyebabkan Singapura isytihar keluar Malaysia dan menubuhkan republik pada tahun 1965.

7. Sesungguhnya sejarah pembentukan sebuah negara bernama Malaysia adalah sangat unik. Sewajarnya, Hari Malaysia disambut dengan penuh makna melalui penghayatan sejarah khususnya buat generasi muda tanah air.

8. Untuk masa hadapan yang lebih gemilang, amatlah wajar jika generasi muda tanah air didedahkan dengan fakta dan konsep kerangka kefahaman yang betul dan tepat tentang pembentukan Malaysia dan apakah falsafah serta kepentingan mempertahankan negara tercinta ini.

9. Maka sewajarnya jugalah, kita menolak sebarang usaha songsang yang cuba membawa perpecahan terhadap Malaysia seperti gerakan pemisahan (separatist) Sabah & Sarawak yang kini semakin ‘lantang’ suaranya.

10. Selain dari mengatasi isu gerakan pemisahan ini secara lebih tegas, Berjasa menggesa satu pelan tindakan menyeluruh dari segenap aspek segera dirangka dan dilaksana tanpa retorika politik bagi memastikan pembangunan dan pengagihan kek ekonomi negara dapat dirasai secara adil kepada kumpulan sasar disetiap negeri-negeri dalam Malaysia.

11. Semoga Hari Malaysia yang disambut hari ini, merupakan titik baharu, semangat perpaduan dan pengukuhan dari aspek ekonomi, sosial dan pendidikan segenap lapisan masyarakat majmuk Malaysia.

Hazwan Mohamad,

Ketua Penerangan Berjasa.

16 September 2019.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *