Sekolah Vernakular Liabiliti Pendidikan Negara

Isu tulisan khat jawi ini tidak akan timbul sekiranya kita menghapuskan sekolah vernakular serta-merta dan menggantikannya dengan sekolah kebangsaan.

Alasan tulisan khat jawi yang akan membebankan pelajar merupakan alasan yang tidak boleh diterima dan jelas membuktikan pejuang sekolah vernakular membenci identiti negara yang berasaskan bahasa Melayu dan tulisan jawi ini.

Sepatutnya bebanan pelajar dapat dikurangkan sekiranya pelajar tidak perlu lagi belajar bahasa mandarin dan hanya fokus pada bahasa Melayu dan Inggeris.

Setelah lebih 60 tahun kita merdeka, kerajaan dibebani dengan ribuan warganegara yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik sehinggakan di mahkamah atau pejabat kerajaan kita terpaksa mengupah jurubahasa yang mana dapat dijimatkan sekiranya semua warganegara fasih berbahasa Melayu.

Agenda perpaduan negara juga terus terbantut dengan sikap sebilangan warganegara yang tidak ingin belajar dan bertutur bahasa Melayu.

Perkara ini bertambah terus apabila parti politik seperti DAP dan Gerakan terus bersikap rasis dengan memperjuangkan agenda vernakular yang terus mewujudkan jurang antara kaum.

Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman
AJKP Berjasa

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *