Saifuddin Abdullah Bukan Menteri Muslim Berwibawa

Menteri Luar Saifuddin Abdullah yang juga merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota sepanjang setahun di dalam kerajaan ternyata menunjukkan sokongan beliau terhadap gerakan LGBT yang semakin mendapat tempat di era Malaysia Baharu.

Beliau sering mengongsi hantaran dari aktivis LGBT seperti Nu’man Afifi dan Comango serta menunjukkan sokongan terhadap gerakan ini tetapi menunjukkan sikap yang begitu dingin terhadap NGO yang ingin memberi kesedaran kepada golongan ini seperti WAFIQ dan Macsa.

Teguran aktivis Macsa merangkap Pengerusi WAFIQ, Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar terhadap sikap beliau ini dibalas dengan sinis oleh Saifudin dengan menyatakan “hanya kamu seorang sahaja yang muslim…”

Ini bukanlah sikap sorang menteri malah jauh sekali sikap seorang pemimpin muslim berwibawa. Sikap ini lah yang akhirnya menunjukkan Islam semakin terhimpit di era Malaysia Baharu.

Sebagai seorang pemimpin Muslim, Saifuddin sepatutnya lebih aktif dan menyokong usaha untuk mengembalikan golongan ini kepada fitrah dan membendung masalah penyakit seksual yang semakin menular dalam golongan ini.

Pendekatan dakwah kita perlu tegas apabila berhadapan dengan organisasi terancang yang terang terangan menolak hukum Allah manakala penuh hikmah apabila berhadapan dengan individu-individu yang memerlukan bantuan dan ingin bertaubat.

Ternyata pendekatan Rahmatan Lil Alamin versi Malaysia Baharu ini telah menghalalkan segalanya malah pendekatan dakwah hanya terbatas pada individu dan lemah lembut sahaja. Perkara ini tenyata bertentangan dengan pengalaman dah ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.

Saifuddin Abdullah perlu meminta maaf dan bertaubat. Selagi itu, beliau bukan pemimpin Muslim Berwibawa

Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman
AJKP Berjasa

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *