ORANG MELAYU PALING MALANG MENJELANG HARI RAYA

Tiada lagi ungkapan yang lebih tepat untuk diungkapkan selain ‘malang’ untuk orang Melayu menjelang hari raya di bawah pemerintahan kerajaan PH ini.

Beberapa hari sebelum hari raya kita dimaklumkan bahawa tiada duit raya untuk peneroka Felda tahun ini. Peneroka Felda yang selama ini bersusah payah bertungkus lumus berkerja membangunkan Felda, akhirnya dibalas dengan tanpa sebarang bantuan hari raya oleh kerajaan PH.

Lebih malang Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohammad tidak tahu menahu berkenaan hal ini. Seakan-akan nasib mereka sudah tidak dipedulikan.

Beberapa hari sebelum raya, kita dihidangkan dengan muka-muka tidak bersalah pemimpin DAP menghulurkan bantuan zakat kepada asnaf. Pemimpin DAP yang tidak membayar malah satu sen ke dalam tabung zakat diberi keistimewaan menghulurkan zakat kepada golongan asnaf. Satu per satu institusi Islam dipolitikkan.

Beberapa hari sebelum hari raya kita dikejutkan dengan penarikan diri peguam yang mewakili Jabatan Bomba dalam kes Arwah Adib akibat sepucuk surat yang mencurigakan. Peguam Negara terus berdiam diri seribu bahasa tanpa respon yang memuaskan. Seakan-akan kita sudah tahu penghabisan kisah yang memilukan ini.

Kita terus dihidangkan dengan muka-muka pengkhianatan pemimpin Melayu PH terlajak ‘rahmah’ yang terus terusan menguji kesabaran umat Islam. Iftar yang merupakan ibadah dan kegembiraan umat Islam seperti yang digambarkan dalam hadis Rasulullah kini disambut di dalam kuil. Ahli parlimen Muslim sudah tidak melihat masjid, rumah Allah sebagai tempat yang sesuai. Sungguh malang.

Akhirnya, kesemua ini berbalik kepada tindakan kita sebagai orang Islam. Mengapa semua ini berlaku? Adakah negara begini yang kita ingin wariskan kepada anak cucu kita? Melayu akan terus malang di tanah sendiri. Marilah kita bersatu membatasi agenda politik. Angkatlah Pemimpin Muslim Berwibawa.

 

Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman

AJKP Berjasa

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *