KESATUAN DAN PERPADUAN MELAYU ISLAM JAMINAN KESTABILAN NEGARA

Sempena 10 hari terakhir bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama merenung sebentar perintah Allah dalam permulaan ayat 103 surah al-Imran bermaksud: “Dan berpegang teguhlah sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai”. Sehubungan dengan itu juga, kalau kita imbas kembali seerah Nabi di mana kesatuan dan persaudaraan orang Ansar dan Muhajirin menjadi tunggak kekuatan negara yang ditegakkan oleh Rasulullah s.a.w.

Pada masa ini, seruan ke atas orang Melayu Islam untuk bersatu telah menimbulkan pelbagai reaksi di negara ini. Ramai yang menyambut baik seruan ini dan ada juga yang memandang dengan sinis, sering kali mengaitkannya dengan amalan rasuah, kronisme, taliban dan lain-lain. Anggapan ini tidak wajar sama sekali ini kerana hanya segelintir orang Melayu terlibat dalam perkara tersebut dan mengandaikan semua orang Melayu korup adalah satu tomahan dan anggapan yang jahat yang didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang tidak suka melihat kepada kesatuan ini.

Kita adalah bangsa yang hebat pada satu ketika dahulu dari banyak sudut termasuklah sahsiah, disebabkan oleh Islam. Islamlah yang meninggikan martabat orang Melayu di nusantara dan menjadikannya bangsa yang kaya dengan peradaban yang gemilang dari segi politik, ekonomi, teknologi, pertahanan dan lain-lain.

Justeru, kesatuan dan perpaduan Melayu semestinya diutamakan bagi memenuhi tuntutan Islam. Dalam konteks ini, ianya perlu melangkaui kesatuan UMNO dan PAS yang mana keanggotaannya tidak sampai 20% dari jumlah orang Melayu di negara ini.

Sudah sampai masanya pemimpin Melayu dari semua parti seperti Bersatu, Amanah, PKR, UMNO, PAS dan lain-lain mengorak langkah menyatupadukan orang Melayu Islam dan mengembalikan dominasi politik dan ekonomi orang Melayu Islam. Hanya dengan cara ini, kestabilan negara akan terjamin dan semua rakyat dari pelbagai kaum akan menerima manfaatnya.

Ini juga perlu dilakukan dengan menolak konsep ‘Malaysian Malaysia’ anjuran DAP dan yang serupa dengannya, yang membawa pendekatan cauvinis dan memporak perandakan negara melalui tuntutan-tuntutan dan kenyataan yang keterlaluan dengan mencabar kedudukan Melayu, Islam dan institusi raja-raja.

BERJASA yang mempelopori agenda kesepakatan Melayu dan kedaulatan Islam yang menjadi tema kempen PRU13 sebelum ini dengan menampilkan calon Islam berwibawa, tetap dengan pendirian ini dan sekali lagi menyeru kepada semua orang Melayu termasuk pemimpin parti politik untuk sama-sama bangun memperjuangkannya demi survival orang Melayu khususnya dan kestabilan negara amnya.

 

 

Dato’ Dr Ir Ts Badrulhisham Bin Abdul Aziz

Presiden Berjasa

1 reply
  1. Rumainor
    Rumainor says:

    Islam adalah penyelesaian pelbagai masalah khususnya politik, ekonomi pendidikan dan sosial. Pemimpin2 Melayu hendaklah balik ke pangkal jalan dan tidak berpolitik dengan menjual agama, bangsa dan negara semata2 untuk kepentingan peribadi. Rakyat pulak jangan taksub dengan pemimpin.

    Reply

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *