MELAYU PH KECUT PERTAHAN PERUNTUKAN BIASISWA PALESTIN

Pengumuman Perdana Menteri tentang peruntukan biasiswa untuk para pelajar Palestin yang akan belajar di unversiti-universiti dalam negara telah mengundang suasana heboh warga maya.

Kebanyakan warga maya yang membantah, dengan pelbagai luahan dan ungkapan tidak beradab, terdiri daripada kaum Cina.

Berdepan dengan situasi heboh itu, para menteri Melayu, terutamanya daripada Parti Amanah Negara yang mempromosi konsep negara rahmah dilihat mendiamkan diri.

Akhirnya seorang Anggota Parlimen DAP sendiri yang bersuara demi meredakan suasana, setelah mendapatkan penjelasan daripada Timbalan Menteri Pendidikan dari parti DAP juga.

Nampaknya negara yang berkonsepkan rahmah seperti yang dilaung-laungkan oleh Parti Amanah Nasional dan NGO IKRAM rupa-rupanya ialah negara yang dipandu sepenuhnya oleh DAP.

Parti Amanah Negara dan NGO IKRAM yang banyak diberikan ruang dalam institusi Islam di negara ini, seperti JAKIM, YADIM dan sebagainya, hanya mampu menjadi penonton.

Sepatutnya konsep negara rahmah memberikan mereka kelebihan untuk menerangkan kepentingan rahmah kepada umat Islam atau saudara kemanusiaan yang tertindas di bumi Palestin.

Lagikan pemain bola sepak bukan beragama Islam Christiano Ronaldo pun selama saja menghadiahkan jutaan dollar untuk umat Islam Palestin.

Tetapi di bumi Malaysia, pejuang negara rahmah terkunci mulut untuk membela peruntukan untuk umat Palestin yang diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri daripada parti sokongan mereka sendiri.

Betapa konsep rahmah mereka tidak mampu mengangkat muka di hadapan DAP dan kaum yang chauvinis dan ultra kiasu.

Patutlah selama ini konsep negara rahmah ini tak pernah meniti di bibir Perdana Menteri, kerana barangkali Tun Mahathir sendiri jelik dengan konsep yang bunyinya Islamik tetapi bacul di depan DAP.

Itulah hakikat Rahmatan Lil Alamin berdasarkan senario politik semasa di depan mata kita, yang lebih jelas tafsirannya berbanding huraian Menteri jaga agama dan pegawai khasnya yang kepening-peningan secara tersirat menyamakan kaum Cina dan India seperti kaum Muhajirin.

Mohd Hazizi Ab Rahman
Naib Presiden Berjasa

1 reply

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *