KONTRAK SOSIAL
DEFINISI
Satu persetujuan atau kesepakatan Kaum Melayu dan bukan Melayu untuk memelihara kepentingan bangsa masing-masing. Perjanjian ini telah menjadi isi utama dalam rangka Perlembagaan Persekutuan 1957
KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN
Perkara 3 Islam sebagai Agama Persekutuan
Perkara 14 Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang
Perkara 152 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Perkara 153 Hak Istimewa Melayu
Perkara 181 Kedaulatan Raja-raja Melayu
BAGAIMANA KONTRAK SOSIAL TERBENTUK?
Melayu Adalah Tuan Tanah
Orang Melayu enggan menerima konsep Jus Soli yang mahu diberikan oleh British kepada orang bukan Melayu. Oleh sebab itu, majoriti orang Melayu membantah sekeras-kerasnyapentadbiran Malayan Union yang mahu dilaksanakan oleh British. Orang Melayu berpendapat mereka sebagai Tuan Tanah kepada Tanah Melayu. Masa depan dan nasib Tanah Melayu terletak di tangan mereka, bukan di tangan orang asing, mahupun penjajah
British Mengugut Orang Melayu
Orang Melayu dipaksa bersetuju untuk memberikan kerakyatan kepada orang bukan Melayu jika mereka mahu mencapai kemerdekaan. British enggan menghantar semula orang bukan Melayu ke Negara asal mereka.
Setelah Berunding
Kesanggupan dan pengorbanan Orang Melayu akhirnya terbalas apabila Raja Melayu meminta terhdapat empat perkara penting; Agama Islam, Hak Istimewa Melayu, Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Bahasa Melayu diberikan sebagai pertukaran kepada pengorbanan orang Melayu untuk menerima orang bukan Melayu sebagai warganegara
KESIMPULAN
- Orang bukan Melayu tidak ada hak mempersoal :
- Agama Islam sebagai Agama Persekutuan
- Hak Istimewa Melayu
- Kedaulatan Raja-raja Melayu
- Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
- Mempersoal Keempat-empat perkara di atas seolah-olah mempersoalkan status kewarganegaraan yang mereka nikmati pada hari ini.
- Kita sebagai rakyat Malaysia wajib mempertahankan perlembagaan yang ada. Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi pada hari ini tidak akan dapat dikekalkan jika sebahagian daripada kita sendiri yang mengganngu gugat asas kepada pembentukan Negara Malaysia tercinta ini.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!