Siri 2: BERJASA PARTI PIMPINAN MUDA

Apabila di tanya kemana arah tuju politik nak di bawa? Pemuda BERJASA lantas bingkas dengan penuh keyakinan, “membawa semua manusia untuk mengabdikan diri hanya kepada ALLAH sebagai satu kesempurnaan dan kebahagian hakiki . ”

Keluar dari kepompong sistem demokrasi barat dan islam liberal yang sesat, pemuda mengorak langkah dalam wadah BERJASA, berganding bahu dengan melayu islam dalam wadah politik dan ngo lain. Satu gandingan mantap bakal menggantikan pimpinan negara akan datang.

Dengan asas yang kuat, Al-Quran, Sunah, Qias dan ijmak ulamak , kesepakatan pemuda memelihara tamadun melayu yang berasas kan ISLAM . Ini juga satu proses pengisian kepada perlembagaan yang sedia ada. Perlembagaan tertulis mengangkat melayu dan martabat islam sebagai agama persekutuan.

Kembali nya kuasa pemerintah selaras dengan komposisi kaum sedia ada di fahami oleh pemuda terdidik. Agar kaum dan penganut agama lain turut dapat bernaung dengan nikmat KESTABILAN negara.

Semoga dengan hati yang beriman, jujur serta berilmu tentang realiti dapat kita lahir kan sebagai pemimpin negara. Pemuda beriman, tidak sombong untuk berganding bahu dalam MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT. Mengangkat ISLAM ke martabat yg tertinggi sehingga kemuliaannya turut dapat di rasai oleh orang lain.

 

Abd Aziz Bin Sardan

Setiausaha Agung Berjasa

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *