BERJASA CADANG WUJUDKAN PORTFOLIO KHAS HAL EHWAL EKONOMI BUMIPUTRA DALAM KABINET MENTERI

Kerajaan baharu Pakatan Harapan hari ini perlu segera menamatkan keresahan bangsa Melayu terhadap nasib masa depan mereka dengan mula memberikan perhatian khusus terhadap pembangunan sosioekonomi masyarakat ini.

Cadangan ini dilontarkan melihat kepada ketidakadilan dan keghairahan sesetengah menteri yang hanya mengutamakan kepentingan satu kaum minoriti seperti pemberian jutaan ringgit kepada sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah persedirian cina.

Dalam pada masa yang sama institusi-institusi ekonomi Melayu dan Islam seperti Tabung Haji, Felda, PNB terus dirundung malang dengan dividen yang rendah dan lain-lain masalah. Melihat kepada perkara ini, kerajaan seharusnya membantu orang Melayu dengan insentif-insentif tambahan supaya bangsa ini tidak terus ketinggalan.

Bertambah malang lagi apabila elaun sara hidup serta insentif-insentif petani turut ditarik balik dalam pembentangan bajet kerajaan yang lepas. Maka dimanakah ‘safety net’ golongan ini apabila ditimpa musibah seperti kemarau dan musim tengkujuh?

Lantas siapakah yang sepatutnya secara khusus dan serius memikirkan nasib ekonomi masyarakat melayu?

Slogan seperti ‘tongkat lama’ perlu dibuang atau ‘Melayu Malas’ tidak boleh dijadikan alasan kepada sesetengah ahli politik untuk tidak membantu masyarakat Melayu kerana dalam keadaan ekonomi tidak menentu hari ini, sudah tentu golongan yang paling banyak menerima akibat adalah kumpulan berpendapatan rendah yang majoritinya adalah masyarakat Melayu sendiri.

Ahli politik dan jutawan Cina yang mengungguli carta 10 terkaya negara sudah tentu tidak merasai perit jerih keringat golongan bawahan yang hanya menagih pentas yang adil dalam persaingan ekonomi.

Cadangan ini juga selari dengan perlembagaan negara yang memperuntukkan hak keistimewaan kepada masyarakat Melayu dan peruntukkan ini tidak sepatutnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Justeru, Berjasa dengan ini tegas mengesyorkan supaya Hal Ehwal Ekonomi Bumiputra dijadikan satu portfolio khas dalam kabinet menteri.

 

Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman

Ahli Jawatankuasa Pusat Berjasa

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *