PPBM JANGAN JADI BACUL

Mutakhir ini berlaku beberapa peristiwa yang jelas menunjukkan sikap tamak DAP, biadap dan rakus serta hilang sikap setiakawan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ini adalah rentetan daripada respon DAP yang menyebut perkataan biadap seperti ‘bodoh’ terhadap MP PPBM ketika mempertahankan isu kuota kemasukan matrikulasi.

Hal ini jelas menunjukkan dasar DAP sangat bertentangan dengan aspirasi PPBM yang berteraskan bumiputera.

Ditambah pula dengan Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong yang dipercayai mengugut Ketua Polis Daerah (OCPD) Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan melalui aplikasi WhatsApp. Hal ini membuktikan PPBM tidak sesuai lagi untuk duduk di dalam koalisi PH yang akan lebih mencalarkan imej dan aspirasi PPBM di kalangan Melayu khususnya.

PPBM juga harus mengambil kira kedangkalan Menteri Kewangan yang juga dari parti DAP telah gagal dalam mengurus tadbir kewangan negara sehingga mewujudkan ketidakpercayaan pelabur luar terhadap kestabilan politik Malaysia. Ianya sangat memberi kesan kepada survival rakyat Malaysia.

Jadi, saya selaku Naib Ketua Wanita BERJASA menyeru dengan tegas agar PPBM jangan jadi bacul. Ambillah langkah berani, keluarlah dari Pakatan Harapan dan bentuklah koalisi baru dengan parti komponen Melayu lain seperti PAS, UMNO, BERJASA, IKATAN dan PUTRA yang tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan parti rasis chauvinis DAP demi memastikan Malaysia Baru yang lebih gemilang dan terbilang.

 

Naib Ketua Wanita BERJASA

Puan Asral Widad binti Ahmad Asnawi

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *