GUAN ENG KEHABISAN MODAL, ANGKA FDI PULA JADI MANGSA

Semalam Menteri Kewangan sekali lagi berhelah dengan rakyat Malaysia apabila beliau mengumumkan kadar FDI negara yang sangat mengelirukan. Kadar FDI yang diumumkan Guan Eng adalah RM21.87 Billion peningkatan hampir sekali ganda berbanding tahun lepas.

Namun sekiranya kita teliti laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, ‘peningkatan’ yang diumumkan oleh Guan Eng ini majoritinya hanyalah penjualan aset atau pemindahan pemilikan ekuiti melalui penjualan pegangan IHH oleh Khazanah kepada Mitsui dari Jepun dan pembelian OMV dari Austria terhadap 50% kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd.

Dalam banyak kajian empirikal, peningkatan FDI sepatutnya mempunyai perkaitan yang positif dengan penambahan peluang pekerjaan. Apatah lagi dengan peningkatan FDI sekali ganda begini. Sudah tentu lebih banyak peluang pekerjaan dicipta. Namun pemindahan pemilikan aset ini tidak mencipta peluang pekerjaan baharu malah berkemungkinan besar mengakibatkan kehilangan lebih banyak pekerjaan akibat ‘restucturing process’.

Sepatutnya kesemua angka-angka penting di atas perlu dijelaskan oleh Guan Eng dengan jujur dan telus.

Pengumuman yang mengelirukan ini dikhuatiri akan menambah keresahan pelabur terhadap integriti dan ketelusan kerajaan menguruskan ekonomi. Setelah pengumuman hutang kerajaan sebanyak ‘1 Trillion’ tahun lalu, pelabur sudah tentu lebih berhati-hati untuk melabur di Malaysia.

Natijahnya kita bakal melihat Malaysia akan berterusan menjadi ‘worst performing market in Asia’ akibat pengumuman yang tidak masuk akal ini.

Guan Eng sepatutnya berhenti berpolitik dan mula berkerja untuk rakyat. Sebenarnya Guan Eng nak berhelah dengan siapa? Kita sudah menghampiri 2020, rakyat Malaysia semakin celik!

 

Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman

Ahli Jawatankuasa Pusat BERJASA

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *