PERBALAHAN KUOTA MATRIKULASI BUKTI DAP INGIN HANCURKAN MASA DEPAN PENDIDIKAN ORANG MELAYU

Nasib pendidikan Melayu hari ini terus dirobek dan dipersoalkan oleh sebahagian besar pimpinan negara. Ada yang menuduh matrikulasi pintu belakang, tidak relevan dan hari ini pimpinan kontroversi DAP yang terpalit dengan militant pengganas LTTE, P Ramasamy membidas tindakan Menteri Pendidikan yang ingin mengekalkan kuota bumiputra untuk matrikulasi.

Tekanan ke atas kuota pendidikan ini bukanlah perkara yang baharu malah berterusan dipersoalkan terutamanya oleh pimpinan DAP yang terus terusan ingin mengangkat konsep Malaysian Malaysia menyamaratakan hak semua kaum dan mngenepikan perlembagaan negara.

Ironinya, dalam pada masa yang sama, setakat ini puluhan solah persendirian dan jenis cina kebangsaan terus menerima peruntukan jutaan ringgit tanpa asas dan alasan yang munasabah. Namun pemberian ini tidak pernah dipersoalkan oleh seorang pun pimpinan DAP?

Kesemua Institusi awam kecuali milik Mara dan UITM telah menjalankan dasar meritokrasi dan membuka pengambilan kepada semua kaum. Namun perkara ini tidak penah disyukuri oleh pemimpin rasis ini.
Kuota matrikulasi adalah selari dengan perlembagaan persekutuan yang memperuntukkan keistimewaan kepada Orang Melayu. Perkara ini juga selari dengan Dasar Ekonomi Baru yang ingin melihat Orang Melayu mampu bersaing setelah puluhan tahun ditindas dengan ekonomi tradisional oleh penjajah British.
Saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Pendidikan atas pendirian tegas dan berharap beliau tidak berganjak dan kecut dengan desakan ahli politik DAP.

Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman
Ahli Jawatankuasa Pusat Berjasa

1 reply

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *