HIPOKRASI PEMIMPIN MELAYU PUNCA DAP BEBAS HINA ISLAM

DAP sebuah parti yang memperjuangkan sekularisme, liberalisme dan sosialisme, menentang status quo Islam sebagai agama negara, mahukan Islam hanya sebagai isu peribadi.

Perlembagaan yang menjamin kedudukan Islam dan Melayu, tidak bermakna apa-apa lagi, jika kuasa sudah berada di tangan DAP. Mereka kini dominan, dan kerakusan mereka sejak memerintah memang menyesakkan dada orang Islam dan Melayu.

Tak larat nak senaraikan perangai bermusuh mereka terhadap Islam dan Melayu. Hanya orang yang buta mata hati dan tuli sahaja yang tak faham.

Tiba-tiba Muhyiddin buat kenyataan yang menyakitkan hati kita sebegini. Dia juga yang memerli Nik Aziz suatu masa dulu, mengenai sikap yang dia ambil sekarang.

Dia juga yang bercakap, “Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa”, semasa menyampaikan ucapan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011, yang bertajuk “MENUNJANGI SURVIVAL BANGSA: SUATU JIHAD”.

Berikut petikan ucapannya:

“10. Kemenangan DAP di Pulau Pinang dan kejayaannya mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor, dan sebelum itu di Perak, seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada parti paling rasis ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau. Mereka langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.

11. Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan. Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihanraya tanpa perlu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.

12. Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam. Semakin nyaring suara umat Islam membela kesucian agama, semakin ghairah mereka menjalankan dakyah jahat ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama. Agenda mereka yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

13. Parti DAP ini tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, ironinya dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh kelompok tertentu daripada satu kaum sahaja. Atau lebih tepat lagi, dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu sahaja. Namun kita yakin dan percaya DAP tidak mewakili keseluruhan suara kaum itu.

14. Hari ini kita dengar DAP sedang giat memancing orang Melayu untuk menyertai parti itu. Mereka ditawarkan jawatan dalam parti dan dijanjikan menjadi calon dalam pilihan raya. Jika menang, mereka berpeluang dilantik sebagai ahli Exco atau Menteri Besar di negeri-negeri tertentu. Ganjarannya tampak sungguh lumayan.

15. Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu. DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP.”

Sekarang dia sendiri sudah merelakan diri jadi kuda tunggangan DAP, dalam sebuah kerajaan yang suara DAP adalah dominan. Hanya manusia yang buta hati dan tuli saja yang mahu menafikan perkara ini.

Ramai sebenarnya ahli politik lidah bercabang seperti Muhyiddin ini. Mereka melihat dosa lidah bercabang itu lebih kecil daripada sehelai rambut dibelah tujuh.

Semoga kita semua dijauhkan Allah Taala daripada melakukan perbuatan yang termasuk dalam perangai munafiq.

 

Ustaz Hazizi Bin Abdul Rahman

Naib Presiden Berjasa

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *