Adakah IFC Akan Kembali?

Malaysian Consultative Council of Budhism, Christianity, Hinduism and Sikhs (MCCBCHS) pada tahun 2001 telah menubuhkan sebuah gerakan dinamakan Interfaith Commission (IFC).

Sejurus selepas penubuhan IFC, sebanyak 14 tuntutan telah diluahkan kepada kerajaan Malaysia iaitu;

i. Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam.

ii. Orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii. Orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggarakan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

x. Bible dalam bahasa Malaysia dan Indonesia sepatutnya dibenarkan kepada umum secara terbuka.

xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah dihapuskan. Program dakwah agama lain selain Islam hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

xiii. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam.

xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Walaubagaimanapun, penubuhan IFC ini telahpun dinafikan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan ROS pada tahun 2014, dan tuntutan diatas ‘senyap’ setelah mendapat kecaman umum.

Namun begitu, kerajaan BN ketika itu memperkenalkan Jawatankuasa Mempromosi Perpaduan dan Keharmonian Antara Agama (JKMPKA) yang turut melibatkan MCCBCHS ini.

Natijahnya, saban tahun dilihat walaupun ada wakil Islam dalam JKMPKA ini, namun suara MCCBCHS ini sangat kuat lebih-lebih lagi melibatkan isu umat Islam yang terkait perundangan. PEMBELA, empat tahun lalu pernah menghantar memorandum agar Menteri di JPM Datuk Jamil Khir untuk mendesak agar suara umat Islam tidak diperkecilkan.

Hari ini, ternyata, mereka tidak pernah berputus asa. Gerakan demi gerakan, perancangan demi perancangan tidak pernah lesu dan lenyap.

Himpunan Solidariti yang dianjurkan Sabtu lalu mengembalikan nama MCCBCHS dipersada nasional. Kita tidak ada masalah untuk berhimpun meyatakan solidariti buat mangsa pengganas Islamophobia di #ChristChurch, tetapi kita nak ingatkan kepada kerajaan hari ini, agar berhati-hati dengan siapa yang kamu sedang dampingi.

Sebagaimana suara kami ketika terhadap kerajaan lama dahulu, begitu juga dengan apa yang berlakj harini, lebih lebih lagi, kerajaan ini dikenali dengan kerajaan mesra liberal demokratik!

Jangan langgar garis merah itu.

Sekian.

Hazwan Mohamad

Ahli Jawatankuasa Strategik Berjasa

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *