Kerajaan Perlu Lebih Proaktif Dalam Tragedi Pasir Gudang

Tragedi yang menimpa pelajar sekolah di kawasan Pasir Gudang, Johor adalah tragedi hitam buat negara. Kesihatan dan keselamatan orang awam terancam dan perlu tindakan segera untuk menangani perkara ini.

Saya menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan setegas-tegasnya dalam hal ini. Punca kejadian mestilah dikenalpasti dan kilang-kilang yang terlibat dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

Tidak cukup dengan memantau bahan-bahan yang mencemar dan dengan usaha membersihkan sungai, tetapi kelemahan penguatkuasaan mesti diambil kira terutamanya dari lesen yang diberi untuk beroperasi dan juga pembuangan sisa toksik secara betul dan teratur. Apa yang membimbangkan adalah sekiranya kilang yang dikenalpasti itu adalah kilang yang beroperasi secara haram.

Malaysia telah mengujudkan pelbagai undang-undang dan peraturan mengenai keselamatan kimia dan pengurusan sisa berbahaya seperti CPL, CIMAH dan lain-lain, dibawah pengawasan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan juga Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). Persoalannya sekarang bagaimana semua peraturan dan undang-undang termasuk pihak berkuasa tempatan, dapat dikuatkuasakan dengan sebaiknya agar keselamatan dan kesihatan awam terpelihara.


Semoga tragedi hitam ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Dato’ Ir. Ts, Dr Badhrulhisham Abdul Aziz

Presiden Berjasa

1 reply

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *