Rakyat muak dengan helah Guan Eng

BANGI, 1 Rejab 1440H, Jumaat – Walaupun Lim Guan Eng telah mengubah kenyataan yang menggambarkan kerjasama UMNO-PAS sebagai ‘pengisytiharan perang’ terhadap bukan Melayu kepada ‘menyasarkan’, ia tetap tidak mampu mengalih perhatian umum.

Setiausaha Agung Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Abd Aziz Sardan menegaskan, rakyat muak dengan helah Guan Eng, lebih-lebih lagi apabila mengetahui beliau tidak layak menjadi Menteri Kewangan dan perlu meletakkan jawatan.

“Dua perumpamaan, talam dua muka dan mulut tempayan sukar ditutup sudah cukup sinonim dengan Guan Eng dan DAP .

“Kenyataan terbarunya semakin membuka tembelang mereka selama ini. Rakyat juga semakin bijak menilai hakikat Guan Eng dan DAP yang berintikan rasis dan cauvinis. Tidak perlu lagi dikaburi dengan sifat kepura-puraan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Akibat perbuatannya itu, Abd Aziz berkata, Guan Eng kini berdepan dengan tindakan rakyat yang mana menuntut beliau disiasat ekoran kenyataannya yang jelas berunsur fitnah dan hasutan.

“Sudah jatuh di timpa tangga, malang si Lim Guan Eng,” katanya.

Setiausaha Agung DAP itu bagaimapaun dilaporkan enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan berbaur hasutan seperti mana disiarkan sebuah portal berita, Rabu lalu.

Artikel asal yang diterbitkan sebuah portal tempatan bertajuk ‘Kerjasama PAS-UMNO adalah pengisytiharan perang kepada bukan Melayu’ diganti menjadi ‘Lim beri amaran UMNO-PAS akan mensasarkan bukan Melayu’.

Menurut nota editor portal tersebut, Guan Eng telah membetulkan kenyataan awalnya yang menggunakan perkataan ‘perang terhadap bukan Melayu.’

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *